KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin termasuk pembentukan negara Palestin yang berkerajaan sendiri dan beroutonomi.
Perkara itu dinyatakan ketika mesyuarat Kesatuan Parlimen Negara Anggota OIC (PUIC) bagi Jawatankuasa Tetap Palestin di Tehran, Iran, semalam.
Pejabat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan Parlimen Malaysia turut menyeru seluruh anggota PUIC untuk terus menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin.
"Parlimen Malaysia bersungguh-sungguh menyokong perjuangan Palestin. Parlimen dan kerajaan Malaysia juga akan menggunakan semua cara yang ada untuk menguatkan suara dan melindungi hak mereka," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari serta wakil Parlimen dari 26 negara melibatkan 54 negara anggota PUIC.
Menurut kenyataan itu, Ramli turut memaklumkan mesyuarat bahawa Malaysia baru-baru ini telah menyatakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsar-Bangsa Bersatu (PBB) yang berterusan oleh Israel.
Malaysia juga telah menggesa negara anggota PBB untuk bersatu dalam solidariti dengan Palestin dan mengambil tindakan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Menurutnya Parlimen Malaysia turut mewujudkan Kaukus Palestin yang dipengerusikan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai tindak balas kepada konflik yang berterusan di Gaza.
Melalui kaukus itu, Parlimen Malaysia telah menggunakan saluran diplomatik dengan menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, sekali gus menunjukkan komitmen Parlimen Malaysia menyatakan kebimbangan dan tuntutan Malaysia berhubung situasi di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Parlimen Malaysia turut menyeru seluruh anggota PUIC untuk terus menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin. - Gambar fail
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.
Abad ke-21 Abad Asia, Malaysia perlu lebih aktif terajui rantau ASEAN - Johari
Berikutan abad ke-21 disebut sebagai milik Asia, maka Malaysia tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus membangun bersama rantau itu.
Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.
Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.
Parlimen Malaysia buka pintu terima lawatan rakyat buat pertama kali
Buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari.
Perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam tidak seharusnya berlaku - Rais Yatim
Penjawat awam akan terus digantung tugas selepas disabitkan di mahkamah, tetapi Ahli Parlimen dan ADUN diberi pelepasan.
"Parliament, Unexpected" bakal rungkai persoalan masalah Parlimen Malaysia
Menurut Mohamad Ariff, buku tersebut turut akan 'merungkai' persoalan mengenai masalah yang dihadapi oleh Parlimen Malaysia.
#GarisMasa: 10 berita mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021
Bait-bait lirik lagu Tragedi Oktober dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.
Azalina mahu hantar RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.